Ads 468x60px

Labels

Sejarah dan asal usul batu seremban









Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan tradisional ini digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

2 comments:

  1. batu seremban dari kaum mne.. dah tahun biler??

    ReplyDelete
  2. TAK LENGKAP LANGSONG...kate sejarah dan sal usul batu seremban...isisisisisisisisisisisiisisisisisis!!! tak munasabah langsung... macam mana nak buat folio ni......

    ReplyDelete